Mahir Prompt Engineer Cohort 2, Level 1 – Modul 1
12 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat yang lepas bertarikh 11 September 2026, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai kelas pertama Mahir Prompt Engineer Cohort 2, Level 1 untuk Modul 1 bagi Sesi 3 yang dijalankan secara atas talian (online). Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan yang terdiri daripada komuniti setempat. Kelas tersebut berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan 1 NADI 1 PROMPT ENGINEER bagi memacu penggunaan AI dan automasi digital dalam kalangan komuniti NADI. Antara topik yang dibincangkan pada hari tersebut ialah:
• Pengenalan Pengajar
• Pengenalan Mahir Training Systen (MTS)
• Modul Kursus Prompt Engineer
• Pengenalan Kepada Kecerdasan Buatan (AI)
Kami berharap agar apa yang dikongsikan oleh tenaga pengajar dapat dijadikan tunjuk ajar dan panduan untuk peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: